Daftar Gratis dapatkan jutaan Rupiah

Affiliate Program ”Get Money from your Website”

Affiliate Program ”Get Money from your Website”.

Affiliate Program ”Get Money from your Website”

Affiliate Program ”Get Money from your Website”

http://www.zazzle.com/mothers+day+gifts?rf=238029862833146357&CMPN=ban_2010_mothersday

Selasa, 07 Juni 2011

Kunci Utama Menjaga Jantung Tetap Sehat

Kunci Utama Menjaga Jantung Tetap Sehat


Para penyelidek telah membuktikan bahawa terdapat pertalian antara penyakit jantung dengan merokok. Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok. Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?

Menjalani Hidup Dengan Tenang
Jantung Sehat


Para doktor telah mengesahkan bahawa perasaan dan tindakan kita akan memberi kesan kepada jantung kita.

Jantung Sehat Sepanjang Hayat

Tahun lepas dilaporkan bahawa terdapat 9,000 kematian di hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular. Ia merupakan 22.5% dari jumlah kematian yang direkodkan. Ini memberi gambaran sebenar mengenai gaya hidup moden yang meliputi diet, senaman, waktu bekerja dan penggunaan produk tembakau. Kita memakan makanan segera yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, natrium dan karbohidrat murni. Kita kurang bersenam kerana sibuk bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin. Ramai yang masih merokok walaupun harga rokok naik tiap-tiap tahun.

Sudah sampai masanya untuk kita semua mengambil berat tentang kesihatan kita. Kita tidak mempunyai cara lain melainkan mengubah gaya hidup kita. Menjalani gaya hidup saya memerlukan komitmen.

Ingat, penyakit jantung dan strok tidak menyerang mereka yang gemuk sahaja. Orang kurus juga diserang penyakit jantung dan strok. Orang gemuk yang bertenaga (fit) mempunyai risiko mengidap penyakit kardiovaskular yang lebih rendah berbanding dengan orang kurus yang lemah. Untuk menjadi bertenaga, anda perlu menjalani gaya hidup sihat.

Jika kita selalu bersenam, makan dalam kuantiti sederhana, makan makanan seimbang, tidak meminum alkohol, tidak merokok dan mempunyai rehat yang cukup, besar kemungkinan jantung kita akan kekal sihat untuk tempoh masa yang lama.

Apa perbedaan antara sakit jantung dengan strok?

Sakit jantung terjadi apabila terdapat pengurangan aliran darah ke otot jantung, yang biasanya disebabkan oleh plak dan darah beku. Strok pula terjadi apabila berlaku gangguan terhadap bekalan darah ke otak, yang mungkin disebabkan oleh darah beku atau pembuluh darah pecah. Strok boleh membawa kepada kematian serta merta atau kecacatan kekal.


Para penyelidik menemui bahawa paras homosistin yang tinggi dalam darah akan menyebabkan arteri rosak dan darah lebih mudah menjadi beku. Bekalan nutrien yang cukup amat penting dalam pengawalan paras homosistin tersebut.




Menurut para pakar kesehatan ada beberapa hal penting yang harus diperhatikan

untuk kamu yang punya resiko tinggi penyakit jantung ini dia antara lainnya :

  1. Kadar kolesterol harus selalu dibawah 200 mg%
  2. Kadar LDL  usahakan selalu kurang dari 150 mg%
  3. Kadar trigliserida usahakan kurang dari 200 mg %
  4. Kadar HDL usahakan selalu diatas  50 mg%
  5. Kadar gula puasa kurang dari 120 mg %
  6. Kadar gula postprandial 2 jam (sesudah makan ) tidak     melebihi  160 mg%
  7. Tekanan darah sebaiknya tidak melebihi 140 mmHg     untuk sistole   dan tidak melebihi 90 mHg untuk diastole.
  8. Jangan merokok atau dalam lingkungan asap rokok.
  9. Dapat mengendalikan stress dengan baik (stress     positif).
  10. Olah raga teratur, bertahap dan terukur. ( sebaiknya     jenis Aerobik mis.senam pernapasan ,olah raga     permainan ,dsb).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar